IPOH: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah serta merampas dadah jenis heroin berjumlah 21 kilogram di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping, Jumaat lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak semasa berada dalam sebuah kereta Proton Waja di tepi jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut telah menjumpai guni berwarna putih yang berisi 46 bungkusan plastik lut sinar dengan setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 21 kg bernilai RM 262, 275. Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta.
"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau kes dadah," katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan kedua-dua suspek yang bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan dipercayai aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari lalu.
Menurutnya dadah yang diperoleh bekalannya daripada utara negeri ini dipercayai diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini dan dianggarkan dadah itu boleh digunakan kira-kira seramai 20,000 penagih dadah.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman enam hari sejak 4 Mei lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata kira-kira RM4.09 juta nilai keseluruhan dadah dirampas dalam pelbagai operasi sepanjang sejak Januari lalu sehingga kini.
Beliau berkata sebanyak 7,171 individu ditahan serta pelbagai dadah dirampas antaranya syabu sebanyak 54.9 kg, 1.54kg ketamin, 2.5 kg ganja serta 40.9 kg heroin sepanjang tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Mohd Yusri (kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas, pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - Foto Bernama
Ditahan dalam keadaan mengaibkan, pasangan kekasih didenda RM4,500
Seorang juruteknik dan pasangannya masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Ahad selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah hotel, baru-baru ini.
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.